Tuesday 2 August 2011

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

Nur Hisyam bin Halim
Blok 151 Whampoa Drive
#07-987
Singapura 320151

5 hb September 2011

Menemui sahabat yang diingati selalu
Saudara Salim bin Hashim
Dengan selamatnya

Saudara

Apa khabar? Sudah lama kita tidak bertemu. Jika tidak silap saya, sudah lima tahun kita tidak bersua. Saya amat berharap agar saudara sihat sejahtera bersama orang yang tersayang.

Di sini, saya sihat sahaja tetapi kini saya amat sibuk dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Setelah lima tahun melibatkan diri dengan kerja-kerja kemasyarakatan, saya akhirnya diberi peluang untuk mengetuai sebuah projek kemasyarakatan.Nama projek tersebut ialah “Pelita”.

Tujuan projek tersebut adalah untuk membantu golongan anak-anak yatim yang menetap di Persatuan Rumak Anak Yatim Kampung Cahaya. Tujuan saya menganjurkan projek kemasyarakatan ini ialah saya amat bersimpati dengan nasib mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya dapat merasakan keperitan hidup mereka sebatang kara tanpa belaian ibu bapa yang menyayangi anak mereka, sebagaimana labah-
labah sayangkan telurnya.

Mentelah itu pula, mereka diberi kurang perhatian dari segi pelajaran dan kasih sayang. Ini mungkin telah membuat mereka berasa kecil di dunia ini dan mereka berfikir bahawa tiada gunanya meneruskan kehidupan di dunia yang penuh mencabar ini. Oleh itu, saya menjadi lebih tabah dan yakin untuk mengetuai projek “Pelita” ini. Walaubagaimanapun, saya mempunyai masalah yang mungkin saudara boleh membantu saya.

Pertama, saya tidak mempunyai idea yang kreatif untuk menarik perhatian anak-anak yatim tersebut. Yang keduanya, saya tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengetuai projek tersebut. Saya juga amat kekurangan para sukarelawan yang boleh membimbing dan menolong anak-anak yatim tersebut dalam pelajaran dan menangani masalah mereka.

Justeru, saya ingin mengajak saudara untuk bekerjasama dengan saya. Saya telah membaca akhbar yang melaporkan bahawa projek amal yang diketuai oleh saudara telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Mentelah pula, saudara lebih berpengalaman daripada saya. Saudara mempunyai idea menarik dan saudara bijak dalam menangani projek kemasyarakatan sebegini. Saya amat yakin dengan kerjasama daripada daripada saudara, projek “Pelita” dapat mendorong para anak yatim untuk terus berusaha dan akan terus belajar hingga ke menara gading. Merekajuga akan dapat merasakan mereka dihargai oleh anggota masyarakat.

Saudara, saya mengakhiri surat ini dengan satu harapan agar saudara dapat membantu saya dalam menjayakan projek “Pelita” ini. Semoga pelibatan saudara dalam projek ini dapat menerangi kehidupan anak-anak yatim bak pelita. Sehingga kita berjumpa lagi, akhir kata wassalam.

Yang benar,
Hisyam

1 comment:

  1. The wire casino and gaming parlors - KTM Hub
    A 나주 출장안마 complete 충주 출장샵 guide to the gaming 군산 출장안마 industry. Learn how you should play online 전라북도 출장샵 casino games. Learn about how to win real 문경 출장마사지 money.

    ReplyDelete