Tuesday 2 August 2011

CONTOH KARANGAN EKSPOSITORI

SOALANl Faktor-Faktor yang menyebabkan berlakunya kenakalan remaja dan
akibat-akibat.

Jika ada ibu bapa yang bekerja lembur, pastinya mereka akan pulang ke rumah hingga larut malam. Pada saat itu, mereka selalunya akan terserempak dengAn sekumpulan remaja yang melepak di kolong blok. Mereka berbual dan ada ketawa terbahak-bahak. Remaja-remaja sebegini memang kelihatan seperti remaja yang nakal kerana penampilan mereka. Warna rambut mereka yang berlainan dan juga sebatang rokok hidup di bibir mereka ataupun di jari-jemari mereka.Setiap ibu bapa yang terserempak sengan kumpulan remaja-remaja sebegini pasti bersyukur kerana anak mereka tidak bercampur dengan remaja-remaja itu. Namun. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenakalan remaja seperti itu?

Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja mereka. Ada juga ibu bapa yang sering dihantar bertugas di luar negera kerana urusan perniagaan dan meninggalkan anak mereka sendiri. Ibu bapa yang sibuk ini berpendapat kebahagiaan keluarga mereka ialah kemewahan dan kekayaan. Tanpa mereka sedari, anak mereka akan berasa kesunyian dan bosan kerana beliau sering ditinggalkan. Akibat selalu bersendiri, si anak akan sering meluangkan masanya bersama temannya dan segala masalah yang dihadapi anak, tidak akan diberitahu kepada ibu bapanya. Si anak menganggap cara begini akan menarik perhatian ibu bapa mereka. Si anak juga jarang dimarahi kerana ibu bapa jarang di rumah. Oleh itu, mereka tidak tahu adkah perbuatan mereka itu salah atau betul.

Faktor kedua yang juga menyebabkan kenakalan remaja ialah keluarga si remaja yang berpecah belah ataupun ibu bapa mereka yang bercerai. Pada awalnya, remaja seperti ini berkelakuan baik kerana keluarganya yang bahagia. Penceraian ibu bapa remaja juga adalah punca kenakalan mereka kerana mereka berasa tertekan. Selalunya, remaja yang keluarganya sudah berpecah belah akan tinggal bersama datuk dan nenek mereka. Si remaja yang sudah tertekan pasti akan melakukan sesuatu di luar jangkaan keluarga mereka semata-mata untuk mendapat perhatian ibu bapa mereka. Si remaja berharap ibu bapanya dapat berstau kembali.

Ada juga remaja yang memang nakal, tetapi ibu bapanya tidak pernah menegur anaknya. Ini disebabkan perangai ibu bapa mereka memang patut tidak dicontohi. Akibat perangai ibu bapa mereka yang buruk, anak mereka juga lihat jejak langkah mereka.Selalunya, perkara begini akan berlaku kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Suasana di rumah keluar begini selalunya riuh-rendah dan ganas akibat bertengkar disebabkan masalah wang. Kenakalan remaja sebegini akan dapat diperbaiki jika ibu bapa mereka berubah sikap mereka.

Selain daripada itu, ada juga kenakalan remaja yang berpunca kerana si remaja meyimpan perasaan dendam terhadap ibu bapa mereka. Semasa mereka kecil, ibu bapa mereka sering memukul si remaja hanya kerana kesalahan yang telah beliau lakukan. Remaja ini juga tidak diberikan sedikit kebebasan untuk beliau menikmati zaman kecilnya. Apabila mereka sudah besar, remaja tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka juga tidak mendengar kata-kata si remaja. Akibat dendam yang disimpan, remaja itu menjadi nakal.

Faktor terakhir berpunca daripada keluarga si remaja dan mereka sendiri. Si remaja mungkin dipengaruhi oleh teman seperti teman mereka mendesak untuk menghisap rokok dan sebagainya. Jika tidak, remaja akan diejek. Disebabkan si remaja tidak mahu diejak, si remaja akan menyahut cabaran teman mereka. Dengan perlahan-lahan, sikap si remaja akan berubah. Perubahan mereka ini disebabkan mereka tidak mahu kehilangan teman.

Sebagai kesimpulan, kenakalan remaja bukan hanya berpunca daripada keluarga mereka sendiri. Ada juga kenakalan mereka kerana kemahuan mereka dan juga pengaruh dari teman mereka. Remaja yang mengikut kemahuan mereka atau dipengaruh adalah remaja yang tidak menggunakan fikiran mereka. Bagi yang lain, mereka menjadi nakal sebab ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Baik dan buruk sikap atau perangai seseorang adalah kerena keadaan sekeliling yang mempengaruhi pembetukan peribadi seorang individu.

No comments:

Post a Comment