Tuesday 2 August 2011

CONTOH SURAT RASMI (ADUAN)

Aminah Binte Ahmad
Blk 333, Pasir Ris Avenue 100
#10-338
Singapura 520333

5hb September 2011

Pengurus Poliklinik Impian
888, Pasir Ris Town 3
Singapura 7778888

Tuan,

Perkara: Masalah-masalah di Poliklinik

Paragraf 1(Intro)

Saya nama yang tertera di atas adalah seorang pesakit yang selalu pergi ke poliklinik Tuan. Saya sering ke poliklinik Tuan untuk mendapatkan rawatan sekiranya saya sakit kerana ia berdekatan dengan kediaman saya. Selama ini, saya rasakan perkhidmatan poliklinik Tuan begitu baik dan memuaskan. Namun, baru-baru ini saya dapati poliklinik Tuan memberikan masalah dan perkhidmatan yang kurang memuaskan saya dan para pelawat lain. Saya mewakili para pelawat lain yang juga bersependapat dengan saya. Oleh yang demikian , saya layangkan surat aduan ini kepada Tuan dengan harapan Tuan dapat mengatasi masalah tersebut.

Paragraf 2 (Tujuan)

Tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan tentang masalah yang saya hadapi semasa menunggu giliran saya berjumpa doktor. Saya terpaksa menunggu agak lama sekurang-kurangnya empat jam untuk berjumpa doktor. Ini tidak termasuk masa menunggu untuk mengambil ubat. Bukan itu sahaja malah kaki tangan Tuan yang bertugas mempunyai sikap bekerja yang buruk. Mereka tidak peramah dan kelihatan agak garang. Mereka juga menggunakan bahasa yang kasar dan suara yang tinggi. Ini diburukkan lagi dengan keadaan poliklinik Tuan yang agak sempit dan pernah beberapa kali alat hawa dingin di poliklinik Tuan itu didapati rosak. Saya rasa masalah-masalah ini mengganggu serta memberi ketidakselesaan kepada saya dan juga para pelawat lain. Diharapkan Tuan dapat memahami situasi kami semua.

Paragraf 3 (Bukti)
Masalah-masalah ini bukan saya sahaja yang alami malah para pesakit lain yang juga alami hal yang serupa sejak beberapa bulan yang lalu. Minggu lalu, saya ke poliklinik Tuan kerana demam. Seorang pekerja Tuan telah menengking saya apabila saya bertanya di manakah kaunter mengambil ubat. Bukan itu sahaja, kakak saya juga berasa kurang puas dengan masa menunggu. Beliau menghidap sakit mata dan rasa mabuk. Namun para pekerja Tuan hanya menyuruhnya duduk tanpa menghiraukan rintihan dan kesakitan yang dialami kakak saya. Ibu saya pula merasakan tempat itu terlalu sesak terutama pada hari Isnin dan Jumaat. Kaunter pendaftaran juga agak lembab menjalankan tugas mereka. Keadaan yang sesak itu akan memburukkan para pesakit di mana jangkitan kuman mudah merebak. Kanak-kanak bermain kejar-kejar dan ada yang merokok walaupun di luar pintu. Keadaan yang sesak itu bertambah riuh dan suasana ini membuat para pesakit bertambah sakit.


Paragraf 4 (Cadangan)
Demi menyelesaikan dan sekali gus mengatasi masalah ini, saya ada beberapa cadangan yang boleh pihak Tuan pertimbangkan. Cadangan pertama saya ialah Tuan harus mengubah suai poliklinik ini supaya kelihatan lebih luas dan selesa. Cadangan kedua saya pula ialah Tuan harus pastikan bahawa alat penghawa dingin itu sentiasa di dalam keadaan baik. Ini dapat dipastikan dengan adakan pemeriksaan sekali dalam masa tiga bulan. Lantik seorang pegawai atau pekerja yang bertanggung jawab tentang hal-ehwal logistik. Demi mengatasi masalah para pekerja yang kurang dedikasi atau tidak efisien. Saya harapkan Tuan jalankan kursus tentang cara-cara melayan pesakit dengan baik dan etika budi bahasa semasa menjalankan tugas. Akhir sekali, Tuan harus merangkakan jadual pendaftaran elektronik agar para pesakit dapat mendaftar dengan lebih cepat dan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk giliran mereka tiba. Sistem yang baik dapat memudahkan dan melicinkan kerja harian semua. Selai n itu saya harapkan Tuan dapat fikirkan cara administrasi yang lebih efisien dengan adakan perbincangan secara kumpulan dengan pihak atasan Tuan. Adakan kotak cadangan (suggestion box) di pintu masuk poliklinik Tuan agar para pelawar atau pesakit dapat berikan maklum balas (feedback) serta cadangan bernas demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan atau keadaan poliklinik Tuan .

Paragraf 5 (Penutup)
Setakat di sini sahaja surat saya kali ini. Diharapkan surat saya ini dapat me ningkat mutu perkhidmatan Tuan dan sekali gus menyelesaikan masalah kami semua. Saya haraplan insiden yang tidak diingi berulang lagi. Sekiranya Tuan ada apa-apa kemusykilan atau inginkan penjelasan yang jelas tentang isi surat aduan ini, saya boleh dihubungi melalui talian telefon bimbit saya 91234567 atau talian pejabat saya 61234567. Jika tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Tuan, saya akan membawa kes ini ke pihak yang berwajib. Saya akhiri surat saya dengan ucapan salam sejahtera dan terimakasih kepada Tuan. Diharapkan Tuan dapat menimbangkan cadangan saya. Semoga surat saya ini dapat menjamin kebahagian dan kepuasan semua pihak.

Sekian. Terimakasih


Yang benar
Aminah

No comments:

Post a Comment