Tuesday 2 August 2011

CONTOH KARANGAN NARATIF

Kejadian yang telah membuatku berada dalam keadaan serba salah

Tujahan cahaya matahari menyelinap masuk menerusi kaca tingkapku. Aku terjaga dari tidurku yang nyenyak. Jam dinding menunjukkan pukul lapan pagi. Aku sudah terlewat untuk ke sekolah. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke tandas untuk mandi. Beberapa minit kemudian, aku sudah pun bersiap-sedia untuk ke sekolah lalu mengambil beg sekolahku yang berada berdekatan di sebelah meja solekku. Tanpa aku sedari, bingkai gambar bersama sahabat karibku jatuh ke lantai. Serpihan kaca dari bingkai gambar itu hancur berkecai. Tiba-tiba, ingatanku kembali menjangkau suasana masa lampau yang telah membuatku berada dalam keadaan serba salah.

Aku sudah mengenali Fasha semenjak aku di sekolah menengah. Semenjak itu, aku dan Fasha menjadi sahabat baik. Jikalau salah satu dari kami mempunyai masalah, kami berdua akan mencuba untuk menghadapinya bersama. Malangnya, itu semua hanya berlaku untuk sementara apabila sesuatu kejadian yang menggugat keutuhan persahabatan kami yang membuatkan kami saling benci sesame sendiri. Selepas kami meninggalkan sekolah menengah, aku dan Fasha tetap masih bersahabat dan berada di sekolah yang sama. Tetapi itu hanya untuk sementara apabila seorang jejaka tampan yang bernama Zack menjelma dalam kehidupan Fasha.

“Fasha.aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?” sapaku yang sedang menghirup air panas.

“Emm…apa dia? Jawab Fasha yang sedang khusyuk membaca novel.

“Kau…kau… ada menaruh hati pada Zack?” kataku dengan perasaan ragu-ragu.

Fasha hanya tersenyum menunjukkan barisan gigi yang putih bak mutiara. Aku berasa kehairanan dengan senyuman Fasha. Aku berasa bahawa Fasha memang ada menaruh hati pada Zack yang telah menjadi kekasihku. Aku berasa serba salah untuk memberitahu Fasha tentang hubunganku dengan Zack.

Tanpa aku sedari, Fasha berada di luar perpustakaan bersama Zack. Aku hanya mendiamkan diri dan tidak terkata apa-apa pun. Zack telah memandangku dari jauh kerana dia mengetahui bahawa Fasha suka pada dia. Tiba-tiba, kedengaran bunyi telefon bimbitku berdering. Ku lihat pesanan ringkas yang dihantar oleh Zack.

“Minta maaf. Fasha tiba-tiba datang ke arah saya.”

Beberapa hari kemudian, Zack telah mengajakku keluar makan malam bersamanya. Aku pun bersetuju. Kegembiraanku meluap-luap. Semasa aku dan Zack menuju ka arah restoran, aku telah melanggar seseorang. Alangkah terkejutnya aku bahawa gadis yang berada di hadapanku ialah Fasha. Aku melepaskan genggaman tangan Zack tetapi Zack tida melepaskannya. Fasha melihat kemesraan aku dan Zack. Ku lihat airmata jatuh membasahi pipi Fasha yabg gebu lalu Fasha beredar dari situ. Tanpa membuang masa, aku mengejar Fasha yang berlari dengan cepat. Zack menyusuliku. Aku kehilangan jejak Fasha lalu aku menangis di bangku yang berdekatan. Zack cuba untuk memujukku tetapi aku tidak menghiraukannya lalu pulang.

Pada keesokan harinya, aku telah melihat bahawa Fasha telah mengalami kemalangan semasa menuju ke sekolah. Darah berlumuran keluar dari kepala Fasha. Aku datang menghampirinya lalu Fasha memberikanku sepucuk surat. Denga segera aku menelefon ambulans dan Zack. Kedengaran bunyi sirens ambulans datang. Setibanya di hospital, Fasha telah dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu doctor keluar, aku membaca surat yang diberikan oleh Fasha. Di dalam surat itu,
Kepada sahabatku,
Maafkan aku kerana selama iniaku teah cuba mendekati Zack yang sebenarnya kekasih kau. Aku tidak berniat untik merampas Zack dari kau. Sebenarnya, aku telah mengetahui tentang perhubungan kau dan Zack malam semalam. Aku tidak menyangka yang aku sudah membuat kau sakit hati. Terima kasih kerana selama ini kau telah menjadi sahabatku di saat aku senang dan susah. Sekali lagi, maafkan aku dan jangan berasa serba salah.

Daripada,
Sahabatmu, Fasha

Air mata mengalir membasahi pipiku yang gebu selepas membaca surat Fasha. Ketika itu, doctor pun keluar dan mengatakan bahawa Fasha sudah meninggaldunia. Aku hampir rebah apabila doktor mengatakan berita pilu itu tetapi dihadang olen Zack. Walaupin Fasha berkata bahawa aku jangan berasa serba salah tetapi aku tetap berasa serba salah. Pada petang itu juga, jenazah Fasha telah selamat dikebumikan.

Tiba-tiba lamununku terhenti apabila mendengar panggilan dari ibuku. Dengan segera, aku ke ruang tamu untuk beredar ke sekolah. Aku berdoa semoga Fasha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri Allah walaupun aku berasa bahawa akulah punca Fasha meninggal.

No comments:

Post a Comment