Tuesday 2 August 2011

CONTOH KARANGAN DESKRIPTIF

TAJUK: SEBUAH FILEM YANG SAYA TONTON

Isi 1: S A M B A K & INTRO

Siapa  saya dan keluarga @ kawan menonton sebuah filem
Apa  Tajuknya ialah Cicak Man
Mana  di pawagam Cathay
Bila  pada cuti sekolah @ hujung minggu / tonton filem pukul 8 malam
Bagaimana  Kami ke sana menaiki bas @ MRT @ kereta @ teksi
Berapa  Harga tiket berharga $9
Kesan  Filem sungguh menarik kerana dilakonkan oleh pelakon kesukaan saya iairu Yusri dan Fasha . Filem penuh aksi dan menggunakan teknologi canggih (science fiction)

Isi 2: Ringkasan cerita @ plot

Filem ini megisahkan tentang eksperimen yang dilakukan oleh para saintis ke atas haiwan demi mendapatkan penawar untuk sesuatu penyakit @ virus.
Seekor cicak jatuh ke atas minuman salah seorang saintis lakonan Saiful Apek.
Setelah minum minuman tersebut, saintis berkenaan mengalami perubahan pada dirinya dan perwatakannya mirip seekor cicak.
Saintis tersebut bary sedar dia mempunyai kuasa ajaib dan menggelarkan dirinya CICAKMAN.
Ketua badan saintis mempunyai muslihat dan rancangan busuk demi menghapuskan serta menggugat kestabilan negara Fulus melalui sistem Pengklonan.
Rancangan busuk itu dapat dihidu oleh 2 pekerjanya iaitu Cicakman dan sahabatnya lakonan Yusry KRU)
Akhirnya, muslihat busuk itu dapat dipatahkan dengan bantuan CICAKMAN.
Sahabat cicakman mati di akhir cerita.

Isi 3: Mengapa filem ini amat diminati?
Sebuah filem box-office.
Mendapat liputan akhbar yang meluas
Para pelakon terkenal dipilih
Kesan bunyi yang menarik(Sound effect)
Menggunakan teknik IT yang canggih
Sesuatu yang unik dan boleh dibanggakan kerana di Barat ada Superman , Batman, Spiderman dan akhirnya di Timur ada Cicakman
Cicak  sinonim dengan masyarakat Melayu
Plot cerita menarik dan kreatif

Isi 4 : Mengapa kamu usulkan kepada yang lain menontonnya ?

Ya  saya akan meminta teman @ keluarga saya yang lain supaya menontonnya.
Rugi kalau tidak menontonnya.
Mesti sokong industri negara dan jangan asyik mendewa-dewakan filem box-office yang khususnya dari Barat.
Dengan sokongan kita, para pengarah akan lebih bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak dan lebih baik filem akan datang

Isi 5: Penutup @ Rumusan

Demi mengakhiri ulasan saya, maka saya tidak nafikan bahawa filem Cicakman ini adalah sebuah filem yang sangat menarik hati saya.
Harapan  Saya berharap lebih banyak filem seumpama ini dapat dihasilkan oleh pengarah yang prolifik dan berbakat besar.

No comments:

Post a Comment